HOW TO WEAR

Cara Pemakaian PB

Berikut adalah cara yang betul pemakaian Premium Beautiful. Mula-mula pakai memang terasa kurang selesa..sebab pejap dibadan...tapi selepas lama memakai akan terasa selasa dan pastinya mendapat potongan badan yang diidamkan.


Langkah 1 - Cara memakai Long Girdle

  1. Lipatkan bahagian bawah seluar dan pinggang sebelum memakai
  2. Tarik dengan perlahan sehingga ke bahagian pinggang, kemudian bengkokkan kaki dan tarik. Selaraskan seluar dalam
  3. Masukkan tangan di bahagian peha dan tolak lemak ke atas supaya dipusatkan semula di punggung
  4. Pemeriksaan sendiri

Langkah 2 - Cara memakai Long Bra

  1. Tetapkan puting pada bahagian tengah cawan coli
  2. Bongkokkan badan sebanyak 45 darjah dan pasangkan cangkuk
  3. Tumpukan lemak di sekitar payudara ke dalam cawan coli
  4. Selaraskan tali coli (pastikan satu jari boleh disisipkan di bawah tali coli)
  5. Pemeriksaan sendiri


Langkah 3 - Cara memakai Waist Nipper

  1. Gerakkan waist nipper ke bahagian kiri depan, pasangkan cangkuk pertama dan cangkuk yang terakhir. Kemudian pasangkan cangkuk-cangkuk yang lain dari bawah ke atas
  2. Perhatikan garisan tengah
  3. Tali di belakang hendaklah diikat dengan bersilang, tarik nafas sebelum menarik tali tersebut
  4. Pemeriksaan sendiri